Madu mempunyai pelbagai warna dan
mempunyai khasiat-khasiat yang tersendiri. Warna madu bergantung kepada jenis
bunga yang dihisap daripada jenis-jenis pokok yang berlainan. Warna madu boleh
didapati bermula daripada kuning cerah sehingga cokat gelap. Faktor yang
menyebabkan perbezaan warna adalah keadaan hutan. Madu yang gelap biasanya diambil
daripada bunga di hutan paya, madu kuning cerah daripada hutan Acacia dan madu
yang berwarna kuning kemerahan daripada hutan tebal.
Bunga pokok Acacia menjadi salah
satu pokok kesukaan lebah dan madu yang diperolehi dari pokok ini yang dikenali
sebagai Madu Acacia. Madu Acacia ialah salah satu jenis madu yang terbaik di
dunia kerana mempunyai nilai kelembutan yang sangat tinggi, berkhasiat serta
madu paling ringan.
Pengkristalan/Penghabluran bagi madu Acacia mengambil masa
yang lebih berbanding madu lain dan tidak sama seperti madu lain kerana madu
ini kekal dalam bentuknya pada masa yang lama jika dibandingkan dengan madu
lain. Warna madu ini pula lebih cerah dan agak cair, rasa dan aromanya lembut
dan halus menyerupai bau bunganya.
Madu Hutan Acacia |
Mengikut teori orang kampung dan
pengalaman saya sendiri, madu yang gelap tidak sesuai diminum oleh kanak-kanak
kerana rasanya yang sedikit berasid atau tajam berbanding dengan madu yang
lebih cerah yang rasanya lebih manis. Seperti yang kita sedia maklum madu
sememangnya tahan lama dan tidak mempunyai tarikh luput. Akan tetapi, warna dan
rasanya akan berubah dari tahun ke tahun. Makin lama madu disimpan semakin
bertambah khasiatnya.
Nilai kalori madu sangat besar
dengan anggaran sebanyak 3.28kal/kg setara dengan 50 biji telur ayam, 7 liter
susu, 25 biji pisang, 4 kg kentang dan banyak lagi. Zat gizi/nutrisi yang
terkandung didalam madu juga ditentukan oleh kadar air di dalamnya. Semakin
tinggi kadar airnya nutrisi didalam semakin berkurang.
No comments:
Post a Comment