Sunday, 28 August 2016

Madu Asli dan Madu Tiruan/Campuran

Ramai yang mempercayai bahawa cara untuk membezakan madu asli dan madu campuran adalah dengan semut. Madu yang tidak dihurung semut adalah madu asli. Adakah benar ataupun tidak??
Madu lebah asli sangat sukar didapati terutamanya pada zaman sekarang.  Ramai penjual madu mengambil jalan mudah dengan mencampurkan madu yang diambil dengan bahan lain supaya dapat meningkatkan kuantiti madu tanpa memikirkan kualiti madu yang dicampur tersebut semata-mata untuk mendapatkan keuntungan tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna. Kebanyakan pengamal madu mengambil madu untuk tujuan perubatan tetapi apabila madu yang diambil tidak asli dan dicampur dengan bahan lain, kemungkinan mereka akan mengalami risiko-risiko lain. 

Ramai pengguna tidak tahu untuk membezakan antara madu asli dan madu campuran kerana mempunyai warna dan kelikatan yang sama. Cara membuat madu tiruan sangat mudah dan hasilnya seakan sama dengan madu asli. Memang amat sukar untuk membezakan antara madu asli dan madu tiruan melainkan menerusi ujian makmal. Bagi mereka yang telah biasa makan madu lebah asli dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu tiruan. Walau pun selama ini banyak petua atau kaedah tradisional yang digunakan untuk menguji keaslian madu lebah tetapi tidak ramai pengguna yang tahu dan mahu mempraktikkannya. 

Madu dan semut

Madu lebah asli turut didekati semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik. Memang ada madu lebah asli yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang akan mengeluarkan gas iaitu madu yang baru dan segar yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi.  Ada yang menyebutkan bahawa di dalam madu itu ada enzim yang mana dengan kehadiran enzim ini semut tidak akan mendekati madu dan apabila enzim ini hilang(disebabkan suhu tinggi/persekitaran yang panas), maka semut akan mula mendekati madu. Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa di dalam madu ada kuprum dan sulfer, jika madu mempunyai dua kandungan ini dengan aras yang tinggi, ianya menghasilkan haba yang tidak disukai semut. Jika kandungan madu tersebut rendah kandungan kuprum dan sulfurnya, semut akan mendekatu madu tersebut. Kehadiran semut bukanlah penunjuk yang tepat untuk membezakan madu asli dan madu tiruan. 
 
Madu dan peti sejuk
Madu yang disimpan dalam peti sejuk tidak akan mengeras. Inilah kepercayaan orang kita. Tidak semua madu asli yang diletakkan di dalam peti sejuk tidak akan mengeras kerana ada madu lebah asli  yang mengandungi kandungan air yang sedikit tinggi. Selalunya madu lebah asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Peti sejuk bukanlah cara yang tepat untuk menguji keaslian madu lebah.
Madu yang diletakkan di dalam peti sejuk dalam jangka masa yang lama. Tidak semua jenis madu akan jadi seperti gambar ia bergantung kepada kandungan bahan dan kadar kematangan madu asli.
Madu dan pengkristalan
Pengkristlan/penghabluran adalah proses semulajadi iaitu proses peralihan satu keadaan fizikal(cecair) ke fizikal yang lain(pepejal). Keadaan ini berlaku disebabkan beberapa faktor, Antara nya ialah;
               1-Kandungan air dalam madu.
Jika kandungan air kurang dari 21% ia akan mempercepatkan proses penkristalan antara16-20% kandungan air di dalam madu.
               2-Nisbah gula dalam madu(nisbah glukosa berbanding fruktosa)
Proses ini hanya melibatkan unsur2 glukosa & sukrosa, unsur glukosa akan bertukar menjadi Kristal manakala unsur2 fruktosa akan kekal menjadi cecair & berada di bahagian lapisan atas. Jika kandungan glukosa didalam madu tinggi, proses ini akan berlaku dengan cepat.
               3-Suhu
Suhu yang sesuai untuk proses penghabluran madu adalah antara 10-15°C.  Suhu yanglebih tinggi akan mencairkan semula Kristal dan kelikatan madu menurun dan suhu yang semakin rendah akan meningkatkan kelikatan madu.
               4-Ketumpatan
Apabila dipanaskan ketumpatan madu akan meningkat dan akan mencairkan semula unsur Kristal.
               5-Kadar bendasing


Proses penghabluran berlaku lebih cepat jika terdapat bendasing di dalam madu. Contoh-contoh bendasing yang biasa terdapat di dalam madu ialah butir debunga, protein, garam galian dan banyak lagi. Selain itu, lebihan pollen, serpihan lilin, propolis yang dilakukan  semasa proses penapisan madu dengan cara yang tidak teliti/cermat boleh mempercepatkan pengkristalan berlaku.
Madu lebah asli juga berlaku pembentukan mendakan Kristal/pengkristalan atau pun mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ‘supersaturated’ dimana ia akan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah. 
Madu dan telur ayam
Adakah madu lebah asli boleh diuji dengan telur ayam? Dalam ujian yang lazim ditunjukkan oleh penjual madu ada menunjukkan bahawa madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Caranya adalah dimana mereka akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Dinasihatkan agar pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan.
Bagaimana untuk menguji keaslian madu Lebah Asli?
Madu lebah asli perlu diuji di makmal untuk menguji keasliannya dengan tepat kerana sangant susah untuk menguji keasliannya secara semulajadi. Antara kaedah lain yang boleh digunakan ialah:-
1. Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah yang dipercayai. Biasanya seorang yang biasa dengan madu lebah asli akan lebih mudah untuk membezakan setiap madu sama ada asli atau tiruan.
2. Rasa madu asli lebah tualang lebih menyengat iaitu rasa tajam dengan keasidan agak tinggi dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Pada penulis madu lebah asli yang diternak pula mempunyai rasa manis sahaja dan kurang menyengat dengan aroma bergantung kepada sumber makanan.
3. Teknik menggunakan api yang dilakukan dengan gunakan ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin akan hasilkan buih kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.
4. Terdapat gelang propolis/pollen di bahagian permukaan madu jika madu dibiarkan lama di dalam botol.
Kesimpulannya Madu Lebah Asli atau Tiruan sebaiknya diuji melalui ujian makmal. Pengguna boleh memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian saintifik pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf. Ini adalah untuk memastikan pengguna  tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Anda tidak perlu bimbang jika berlaku perubahan pada madu asli seperti pengkristalan, didekati semut dan perkara lain berlaku kerana madu asli boleh bertukar kepada bentuk asalnya dengan beberapa cara simpanan. Perkara ini akan diulas pada artikel seterusnya.


No comments:

Post a Comment