Madu tidak akan rosak dan tiada tarikh luput bahkan ianya boleh disimpan sehingga bertahun-tahun lamanya, tetapi mestilah mengikut cara yang betul. Diantara cara-cara yang boleh dilakukan ialah:-
1-Jangan simpan madu didalam peti ais kerana ia boleh menyebabkan
pengkristalan berlaku & boleh mengurangkan kualiti madu itu sendiri. Selain
itu, elakkan daripada simpan di tempat yang mempunyai bau. Hal ini kerana madu
bersifat menyerap, ia akan menyerap bau & kandungan air disekeliling apabila
dibiarkan/disimpan dalam keadaan yang terbuka & berkawasan lembap. Oleh itu,
hendaklah ia disimpan ditempat kering, ditutup dengan baik & suhu yang
sesuai bagi mengekalkan kualiti.
2-Untuk simpanan jangka masa yang panjang,elakkan menyimpan
di dalam bekas plastik,Hal ini menyebabkan madu akan cepat berbuih.Elakkan
menyimpan didalam bekas besi.Bekas yang terbaik untuk menyimpan madu ialah
bekas kaca.
3-Madu yang baru dan masin ‘fresh’, kebiasaanyan mempunyai
banyak gas. Elakkanbotol madu itu bergocang dengan kuat kerana ia boleh
menyebabkan botol pecah atau penutup botol akan ‘tertendang’ dengan sendiri. Mengikut
pengalaman saya, amat jarang sekali botol madu akan pecah jija dibawa dengan
baik, akan tetapi berjaga-jagalah kerana perkara ini mungkin terjadi.
4-Pastikan ia ditutup rapat untuk mengelakkan semut.
5-Andainya berlaku pengkristalan/penghabluran hendaklah madu
itu melalui proses pemanasan semula dengan cara ‘Kukus’ di atas air yang
bersuhu sederhana. Madu akan kembali normal seperti biasa. Akan tetapi tidak
dapat dinafikan selepas melalui proses pemanasan, kualiti madu akan berkurang.
No comments:
Post a Comment