Saturday, 27 August 2016

BAGAIMANA MADU DIHASILKAN??


Ramai yang tahu madu adalah sejenis makanan yang sangat berkhasiat tetapi tidak tahu bagaimana madu dihasilkan. Kita tahu madu dihasilkan daripada lebah tapi bagaimana?? 
 
Lebah adalah satu makhluk yang sangat unik dan saiznya yang kecil dapat menghasilkan makanan yang sangat berkhasiat. Lebah mengolah madu daripada bunga-bunga yang dihinggapinya dari satu tempat ke satu tempat. Pada bunga tersebut terdapat satu komponen yang dipanggil sebagai nektar dan daripada bahan tersebutlah madu dihasilkan. Nektar tersebut dikumpulkan dari pelbagai jenis bunga dan tanaman terutamanya pada musim panas.

Koloni lebah.

Koloni lebah terdiri daripada ratu lebah, lebah jantan, dan lebah pekerja yang bekerjasama dan memiliki tugas yang tersendiri. Ratu lebah merupakan lebah yang memiliki tubuh yang besar dan memiliki tugas untuk bertelur. Lebah jantan bertugas mengahwini lebah ratu yang akhirnya akan mati setelah tugasnya selesai, dan lebah pekerja merupakan lebah betina yang bekerja menghasilkan madu.

Lebah pekerja yang ditugaskan untuk mengangkut nektar dari bunga-bunga ke sarangnya akan terbang sehingga puluhan kilometer untuk mencari nektar bunga. Lebah tersebut dapat menyimpan nektar antara 150 sehingga 1500 bunga yang dihinggap olehnya. Walaupun lebah tersebut mengambil nektar daripada bunga-bunga, bunga-bunga tersebut tidak rugi tetapi juga dapat kebaikan daripada lebah tersebut iaitu bunga-bunga tersebut mendapat butir debunga yang dapat membantu proses pendebungaan.

Apabila kantong pembawa nektar atau dipanggil sebagai perut madu pada lebah penuh, lebah tersebut kembali ke sarangnya untuk proses pemindahan nektar. Di sarang, ada beberapa lebah lain yang menunggu lebah pekerja yang disebut sebagai lebah rumahan. Lebah ini akan menerima nektar yang dibawa oleh lebah pekerja yang dipindahkan daripada tubular ataupun belalai lebah pekerja kepada lebah rumahan. Kemudian nektar itu akan diproses di dalam mulut dan perutnya. Di dalam mulut dan perut lebah rumahan itu terdapat enzim-enzim tertentu yang berfungsi untuk memecah bentuk gula daripada nektar yang berbentuk disakarida menjadi monosakarida, sehingga bentuknya yang kompleks menjadi lebih sederhana supaya lebih mudah untuk dicernakan. Selain itu juga, proses ini menjadikan madu makanan yang stabil. Setelah madu terhasil, lebah pekerja menutup sarang yang berisi madu dengan lilin lebah(propolis) yang dihasilkan di dalam perut lebah untuk menjaga madu tersebut dari serangga lain dan musuh-musuhnya.
 
KOM MADU/KEPALA MADU/SARANG MADU
Penguapan.

Selain itu juga, lebah juga melakukan proses penguapan. Nektar yang dibawa oleh lebah tersebut mempunyai kandungan air yang tertentu. Tetapi  ia akan melalui beberapa proses untuk memekatkan madu tersebut. Apabila hujan turun koloni akan merapatkan abdomen danmelebarkan sayap untuk mengelakkan air hujan yang banyak masuk kedalam takungan madu,dan apabila berlaku lebihan kandungan air didalamnya lebah akan membuat alunan ombak untuk menyingkirkan lebihan air tersebut. Selain itu juga alunan ombak itu dibuat untuk menakutkan musuh-musuh yang akan datang dan mengeluarkan bunyi menggunakan sayapnya.  Sesungguhnya lebah lebih tahu berapa nisbah air & debunga yang diperlukandan terjadilah cairan yang dinamakan MADU.

Di bawah juga saya sertakan komponen-komponen yang terlibat dalam penghasilan madu.


Apa yang dimaksudkan dengan Bee Pollen

Tahukah kamu, pollen adalah diiktiraf sebagai supplement yang terbaik didalam dunia. Pollen atau ‘malop’ gelaran yang diberikan oleh honey hunter untuknya. Kedudukan pollen biasanya berada dibawah sarang takungan madu dan berwarna kuning keemasan. Menurut maklumat dari orang-oraang dahulu yang berpengalaman dalam bidang ini, pollen yang berkhasiat ini adalah makanan/roti lebah untuk mereka dan anak-anak lebah yang belum pandai terbang untuk mencari madu. Khasiatnya yang tinggi dapat menguatkan sayap dan bhagian lain sebelum ke alam dewasa untuk bekerja. Pollen adalah unsur reproduksi jantan pada tumbuhan yang berwarna kuning keemasan berbentuk serbuk halus. Pollen terdapat pada benang sari bunga tanaman. Setiap biji pollen mengandungi 100,000 hingga 5 juta spora pollen yang mempunyai kemampuan reproduksi membentuk tumbuh-tumbuhan.

Bagaimana Lebah Mengumpulkan Pollen?

Lebah  mengumpulkan madu dengan cara menghisap madu dan mengkikis bubuk/debu  pollen dari benang sari bunga dengan menggunakan belalai dan kaki depannya. Setelah polen dibasahi dengan madu maka kaki belakang lebah yang dilengkapi sisir pollen akan menyisir pollen dan memasukkannya ke kantong pollen yang ada di kaki belakang tersebut.
Bee pollen mengadungi :-
·        18 asid amino
·        Esensial
·        12 vitamin
·        28 mineral
·        Enzim
·        Koenzim
·        14 asid lemakpenting
·        11 karbohidrat
·        30% protein

Apakah Propolis?
 
LEBAH MENUNGU MADU PENUH UNTUK DISIMEN/PROPOLIS
Kita mungkin sempat atau sering mendengar kata propolis itu namun sebagian besar kita tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan propolis. Propolis adalah zat resin yang dikumpulkan oleh lebah dari sumber tumbuhan aliran getah atau tunas pohon. Sumber zat tersebut adalah dari tumbuhan-tumbuhan yang diserap lalu zat itu dicampurkan dengan enzim yang ada pada tubuh lebah itu sendiri. Pada lebah, propolis ini berfungsi sebagai salah satu kegunaan pada sarang yang akan digunakan untuk membuatkan  lebah merasa selamat dan aman, apabila propolis didalam sarang berubah menjadi keras ia berfungsi melindungi sarang dari musuh. Zat propolis itu memiliki daya tahan yang sangat baik iaitu antibakteria dan virus yang boleh menyerang dan melumpuhkan apa saja yang masuk ke dalam sarang itu.

No comments:

Post a Comment