Tuesday, 27 September 2016

FERMENTASI MADU

Fermentasi merupakan salah satu masalah yang perlu dihadapi oleh peniaga madu tualang/hutan. Kadang-kadang peniaga terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit apabila berlaku proses ini. Proses ini berlaku secara tiba-tiba dan apabila ia berlaku gas dan buih yang dihasilkan madu amat sukar diberhentikan. Proses ini memang sukar dielakkan,terutama bagi madu yang 'fresh'. Penutup botol melantun dan botol boleh pecah kerana tekanan udara di dalam botol yang terlalu tinggi. bila perkara ini berlaku,  madu akan keluar secara berterusan dan beransur perlahan setelah gas tersebut hilang.
Fermentasi berlaku selepas 2 jam madu dimasukkan ke dalam botol mengeluarkan buih dan gas
fermentasi madu yang ekstrem boleh menyebabkan botol pecah

Antara faktor2 yang menyebabkan madu mengeluarkan gas/buih & mempercepatkan proses fermentasi berlaku ialah:-
  1. Madu berada dalam kedaan suhu yang tinggi (30•c dan keatas).
  2. Kandungan air didalam madu melebihi 23%.
  3. Berlaku gerakan & goncangan yang kuat pada botol madu. Terutama apabila dibawa untuk satu perjalanan yang jauh.
  4. Dibiarkan terdedah pada cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang.
  5. Tiada ruang untuk pembebasan gas dalam botol.
Enzim2 dalam madu tidak akan aktif jika kandungan air didalam mempunyai kadar 17% dan kebawah. Akan tetapi kebanyakan madu tualang di Malaysai mempunyai kadar kandungan air antara 20-28%. Ini disebabkan oleh cuaca malaysia yang beriklim lembap. Berbeza dengan madu diternak yang kebiasaannya mempunyai kadar kandungan air sekitar 17-22% sahaja. Hal ini disebabkan madu ternak dipelihara & terlindung dari kemasukan air hujan kedalam kom simpanan. Hujan dan embun dikala malam adalah faktor yang menyebabkan madu tualang malaysia agak cair berbanding madu ternak dan madu import. Tetapi, madu ini kaya dengan zat mengatasi madu-madu yang lain.
keadaan madu yang mengalami goncangan yang kuat setelah melalui perjalanan yang jauh
selepas beberapa jam madu akan kembali seperti biasa

Mengapa madu mengalami proses fermentasi & bagaimana ia boleh berlaku?
1- Sarang lebah mempunyai sel ragi (yis) secara semulajadi. Sel ragi akan cepat bertindak balas jika kandungan air melebihi 23%. Bergantung pada kandungan air di dalam madu. Semakin tinggi kandungan air semakin cepat proses ini berlaku. Sifat madu yang menyerap udara sekeliling dan mempercepatkan proses fermentasi berlaku. Seterusnya madu akan menghasilkan gas karbon dioksida dan menyebabkan madu berbuih.
2- Cahaya matahari juga adalah satu faktor yang mempercepatkan proses fermentasi. Madu yang baru dituai kaya dengan gula semulajadi akan lebih cepat bertindak balas. Enzim-enzim di dalam madu akan aktif apabila madu terdedah pada cahaya matahari.

Bagaimana jika mahu kurangkan proses fermentasi madu?
Proses fermentasi madu tidak dapat dielakkan kerana ianya bersifat semulajadi. Kita tidak boleh menghalang proses ini berlaku, tetapi kkita dapat memperlahankan dengan mengunakan kaedah-kaedah tertentu:-
Kaedah pemanasan.
Madu akan dipanaskan dengan suhu sekitar 70•c secara berperingkat. Kaedah ini adalah untuk mengurangkan kadar air dalam madu & mematikan enzim-enzim yang bertindak balas. Tetapi kaedah ini akan mengurangkan kualiti madu kerana banyak enzim-enzim, zat-zat madu & bakteria baik akan mati. Rasa & aroma madu juga akan turut hilang.
Kaedah penyejukan (chiller)
Madu disimpan di tempat yang sejuk dalam bekas yang tertutup sekitar  4•C.Tetapi cara ini juga boleh mengurangkan kualiti madu & mempercepatkan pengkristalan madu.
Tebukan jarum & takungan air.
Mengunakan jarum kecil untuk menebuk penutup botol agar madu dapat membebaskan gas. Setelah itu, madu yang disimpan diletakkan dalam bekas takungan air (Refer gambar). Kaedah takungan air sama seperti cara untuk penyimpan susu didekati semut. Dengan cara ini, kualiti madu juga dapat dikekalkan & dapat mengelakkan botol madu dimasuki semut. Disamping itu kaedah takungan air juga dapat memperlahankan kenaikan suhu dalam madu kesan dari suhu persekitaran. 
Untuk pengamal madu, elakkan madu diletakkan ditempat yang terdedah pada cahaya matahari & panas. Sediakan botol/bekas lain apabila proses fermentasi yang ekstrem berlaku untuk mengelakkan madu tertumpah dari ledakan madu bergas .Madu akan kembali normal seperti sediakala selepas 5-6jam & boleh dinikmati seperti biasa.
Nasihat kami dari TERAPI BEE guna cara tebukan jarum dan takungan air agar madu yang kita minum masih dalam keadaan berkualiti. InsyaAllah.

Sunday, 25 September 2016

HARGA MADU TUALANG DAN HUTAN

Madu Tualang Terapi Bee adalah 100% asli dan ditapis oleh kami sendiri tanpa dicampur dengan bahan-bahan lain. Tujuan produk ini dijual bukan sahaja untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi juga untuk membantu tuan-tuan. Semoga dengan pengambilan madu ini dapat memberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada penyakit.

Di sini saya sertakan harga produk kami. 






MADU TUALANG DAN HUTAN TERAPI BEE

500g / RM 60.00
350g / RM 45.00 


PM / WHATSAPP

POKHA (Owner Terengganu/Marang )
+6013-3438506   

ASRI (Kuala Terengganu/Marang)
+6013-3805351

SHAKEMAN (Johor)
+013-3261944










Sunday, 28 August 2016

Cara penjagaan & penyimpanan MADU




Madu tidak akan rosak dan tiada tarikh luput bahkan ianya boleh disimpan sehingga bertahun-tahun lamanya, tetapi mestilah mengikut cara yang betul. Diantara cara-cara yang boleh dilakukan ialah:-

1-Jangan simpan madu didalam peti ais kerana ia boleh menyebabkan pengkristalan berlaku & boleh mengurangkan kualiti madu itu sendiri. Selain itu, elakkan daripada simpan di tempat yang mempunyai bau. Hal ini kerana madu bersifat menyerap, ia akan menyerap bau & kandungan air disekeliling apabila dibiarkan/disimpan dalam keadaan yang  terbuka & berkawasan lembap. Oleh itu, hendaklah ia disimpan ditempat kering, ditutup dengan baik & suhu yang sesuai bagi mengekalkan kualiti.
2-Untuk simpanan jangka masa yang panjang,elakkan menyimpan di dalam bekas plastik,Hal ini menyebabkan madu akan cepat berbuih.Elakkan menyimpan didalam bekas besi.Bekas yang terbaik untuk menyimpan madu ialah bekas kaca.
3-Madu yang baru dan masin ‘fresh’, kebiasaanyan mempunyai banyak gas. Elakkanbotol madu itu bergocang dengan kuat kerana ia boleh menyebabkan botol pecah atau penutup botol akan ‘tertendang’ dengan sendiri. Mengikut pengalaman saya, amat jarang sekali botol madu akan pecah jija dibawa dengan baik, akan tetapi berjaga-jagalah kerana perkara ini mungkin terjadi.
4-Pastikan ia ditutup rapat untuk mengelakkan semut.
5-Andainya berlaku pengkristalan/penghabluran hendaklah madu itu melalui proses pemanasan semula dengan cara ‘Kukus’ di atas air yang bersuhu sederhana. Madu akan kembali normal seperti biasa. Akan tetapi tidak dapat dinafikan selepas melalui proses pemanasan, kualiti madu akan berkurang.
Wallahualam, InsyaAllah..Selamat mencuba.

Madu dan Islam



Kita selalu mendengar bahawa sakit itu rahmat dan penghapus dosa. 

Tidaklah seorang muslim ditimpa sakit melainkan dengannya Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana daun pohon yang berguguran’ - Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari

Akan tetapi, semua manusia mengimpikan kesihatan yang baik sepanjang masa. Kesihatan adalah satu nikmat yang paling tinggi nilainya yang dikurniakan Allah s.w.t kepada umat-Nya. Jika kita mengabaikan kesihatan, maka kita telah mengabaikan sebuah kekayaan, nikmat yang sangat besar diberikan oleh Allah kepada manusia. Inilah anugerah besar yang perlu dijaga dan dipertahankan sehingga akhir ayat. Bagaimanapun ramai tidak menjaga kesihatan yang diberi dengan mengambil makanan-makanan yang tidak berkhasiat yang boleh memberi mudarat kepada tubuh badan manusia.

Salah satu cara yang dapat kita lakukan untuk menjaga kesihatan tubuh badan adalah dengan mengamalkan pengambilah makanan sunnah seperti kurma, delima, zaitun, tiin, madu, habatussauda dan air zam-zam. Di sini saya ingin tekankan makanan sunnah MADU. 
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina oleh manusia”. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu lebah) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang-orang yang berfikir.”
(Q.S. An-Nahl : 68-69)

Dalam firman di atas secara terang-terangan Allah menyebut kelebihan madu di mana madu lebah dapat menyembuhkan segala penyakit bagi manusia. Selain itu juga terdapat beberapa Hadis khusus berkaitan kelebihan madu terutamanya dari segi perubatan.

Sabda Rasulullah S.A.W.

Daripada Abu Said Al’Kudri r.a. katanya:
“Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu ia berkata, “Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air”, Sabda Rasulullah SAW. “Minumlah madu lebah kepadanya”: Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada Rasulullah S.A.W lalu katanya ” Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah”, Rasulullah S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W. terus menyuruhnya supaya meminum madu, Kata orang itu, “Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga”. Sabda Rasulullah S.A.W. “Allah Maha Besar, perut saudaramu itulah yang dusta”. Lalu diminumnya pula madu, maka sembuhlah saudaranya”.

Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda “Ubat terbahagi tiga: minum madu lebah, berbekam dan membakar dengan api. Dan umatku dilarang membakar dengan api”.  (Riwayat Bukhari)

Amalan Rasulullah S.A.W. dengan madu lebah.
 
Kitab “Zad al-Ma`ad Fi Huda Khair al-Ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam kitab hadis al-Sunan Ibn Majah pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi  “Sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”. Di dalam kitab itu juga disebutkan juga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda “Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat”.
Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda “Berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”.

Kehebatan madu sebagaimana disampaikan Al-Quran telah terbukti secara saintifik dan dibahaskan secara ilmiah di seluruh dunia.

Sayyid Quthb mengungkapkan, madu lebah sebagai ubat penyembuh penyakit sudah dibuktikan secara ilmiah oleh para pakar perubatan. Inilah salah satu bukti kebenaran ayat Al-Quran yang wajib diyakini umat manusia.

Ibnu Sina (890-1037), salah seorang tokoh kedoktoran dunia dan ilmuwan Islam di abad ke-10 Masihi, mengulas mengenai khasiat madu lebah dari segi kesihatan di dalam dunia kedoktoran. Ia mampu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta menyediakan dan mengatur rembesan, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.

Dengan adanya hadis yang sahih dan kajian dalam perubatan dapat kita simpulkan di sini bahawa madu merupakan makanan sunnah yang mempunyai banyak kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Pengambilan madu lebah sangat disarankan kepada semua sebagai satu cara untuk mengekalkan kesihatan yang baik.


Madu Asli dan Madu Tiruan/Campuran

Ramai yang mempercayai bahawa cara untuk membezakan madu asli dan madu campuran adalah dengan semut. Madu yang tidak dihurung semut adalah madu asli. Adakah benar ataupun tidak??
Madu lebah asli sangat sukar didapati terutamanya pada zaman sekarang.  Ramai penjual madu mengambil jalan mudah dengan mencampurkan madu yang diambil dengan bahan lain supaya dapat meningkatkan kuantiti madu tanpa memikirkan kualiti madu yang dicampur tersebut semata-mata untuk mendapatkan keuntungan tanpa memikirkan kesan terhadap pengguna. Kebanyakan pengamal madu mengambil madu untuk tujuan perubatan tetapi apabila madu yang diambil tidak asli dan dicampur dengan bahan lain, kemungkinan mereka akan mengalami risiko-risiko lain. 

Ramai pengguna tidak tahu untuk membezakan antara madu asli dan madu campuran kerana mempunyai warna dan kelikatan yang sama. Cara membuat madu tiruan sangat mudah dan hasilnya seakan sama dengan madu asli. Memang amat sukar untuk membezakan antara madu asli dan madu tiruan melainkan menerusi ujian makmal. Bagi mereka yang telah biasa makan madu lebah asli dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu tiruan. Walau pun selama ini banyak petua atau kaedah tradisional yang digunakan untuk menguji keaslian madu lebah tetapi tidak ramai pengguna yang tahu dan mahu mempraktikkannya. 

Madu dan semut

Madu lebah asli turut didekati semut kerana mengandungi glukosa ‘monosaccharide’ yang bersifat manis sama seperti yang terdapat pada gula sintetik. Memang ada madu lebah asli yang tidak didekati semut kerana terdapat madu lebah asli yang akan mengeluarkan gas iaitu madu yang baru dan segar yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi.  Ada yang menyebutkan bahawa di dalam madu itu ada enzim yang mana dengan kehadiran enzim ini semut tidak akan mendekati madu dan apabila enzim ini hilang(disebabkan suhu tinggi/persekitaran yang panas), maka semut akan mula mendekati madu. Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa di dalam madu ada kuprum dan sulfer, jika madu mempunyai dua kandungan ini dengan aras yang tinggi, ianya menghasilkan haba yang tidak disukai semut. Jika kandungan madu tersebut rendah kandungan kuprum dan sulfurnya, semut akan mendekatu madu tersebut. Kehadiran semut bukanlah penunjuk yang tepat untuk membezakan madu asli dan madu tiruan. 
 
Madu dan peti sejuk
Madu yang disimpan dalam peti sejuk tidak akan mengeras. Inilah kepercayaan orang kita. Tidak semua madu asli yang diletakkan di dalam peti sejuk tidak akan mengeras kerana ada madu lebah asli  yang mengandungi kandungan air yang sedikit tinggi. Selalunya madu lebah asli tetap akan mengeras jika dibiarkan lama di dalam peti sejuk beku terlalu lama. Terdapat juga madu lebah asli yang tetap pada keadaan yang tidak begitu keras disebabkan peratus kadar air yang rendah dan mempunyai kandungan mineral yang bersifat panas yang tinggi. Peti sejuk bukanlah cara yang tepat untuk menguji keaslian madu lebah.
Madu yang diletakkan di dalam peti sejuk dalam jangka masa yang lama. Tidak semua jenis madu akan jadi seperti gambar ia bergantung kepada kandungan bahan dan kadar kematangan madu asli.
Madu dan pengkristalan
Pengkristlan/penghabluran adalah proses semulajadi iaitu proses peralihan satu keadaan fizikal(cecair) ke fizikal yang lain(pepejal). Keadaan ini berlaku disebabkan beberapa faktor, Antara nya ialah;
               1-Kandungan air dalam madu.
Jika kandungan air kurang dari 21% ia akan mempercepatkan proses penkristalan antara16-20% kandungan air di dalam madu.
               2-Nisbah gula dalam madu(nisbah glukosa berbanding fruktosa)
Proses ini hanya melibatkan unsur2 glukosa & sukrosa, unsur glukosa akan bertukar menjadi Kristal manakala unsur2 fruktosa akan kekal menjadi cecair & berada di bahagian lapisan atas. Jika kandungan glukosa didalam madu tinggi, proses ini akan berlaku dengan cepat.
               3-Suhu
Suhu yang sesuai untuk proses penghabluran madu adalah antara 10-15°C.  Suhu yanglebih tinggi akan mencairkan semula Kristal dan kelikatan madu menurun dan suhu yang semakin rendah akan meningkatkan kelikatan madu.
               4-Ketumpatan
Apabila dipanaskan ketumpatan madu akan meningkat dan akan mencairkan semula unsur Kristal.
               5-Kadar bendasing


Proses penghabluran berlaku lebih cepat jika terdapat bendasing di dalam madu. Contoh-contoh bendasing yang biasa terdapat di dalam madu ialah butir debunga, protein, garam galian dan banyak lagi. Selain itu, lebihan pollen, serpihan lilin, propolis yang dilakukan  semasa proses penapisan madu dengan cara yang tidak teliti/cermat boleh mempercepatkan pengkristalan berlaku.
Madu lebah asli juga berlaku pembentukan mendakan Kristal/pengkristalan atau pun mendakan nuclei sekiranya disimpan pada suhu yang tidak sesuai dan kaedah penyimpanan yang tidak sesuai. Madu lebah asli yang mengandungi glukosa yang tinggi akan keluar dari keadaan super tepu ‘supersaturated’ dimana ia akan membentuk glukosa monohidrat kerana kehilangan air. Pengkristalan bukanlah penunjuk yang tepat dalam pengujian keaslian madu lebah. 
Madu dan telur ayam
Adakah madu lebah asli boleh diuji dengan telur ayam? Dalam ujian yang lazim ditunjukkan oleh penjual madu ada menunjukkan bahawa madu tiruan juga dapat menghasilkan kuning telur setengah masak. Caranya adalah dimana mereka akan mencampurkan kapur yang bersifat panas di dalam madu lebah tiruannya dengan kadar tertentu sehingga boleh menyebabkan kuning telur akan setengah masak. Dinasihatkan agar pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan.
Bagaimana untuk menguji keaslian madu Lebah Asli?
Madu lebah asli perlu diuji di makmal untuk menguji keasliannya dengan tepat kerana sangant susah untuk menguji keasliannya secara semulajadi. Antara kaedah lain yang boleh digunakan ialah:-
1. Mengenali latar belakang penjual atau pembekal madu lebah yang dipercayai. Biasanya seorang yang biasa dengan madu lebah asli akan lebih mudah untuk membezakan setiap madu sama ada asli atau tiruan.
2. Rasa madu asli lebah tualang lebih menyengat iaitu rasa tajam dengan keasidan agak tinggi dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Pada penulis madu lebah asli yang diternak pula mempunyai rasa manis sahaja dan kurang menyengat dengan aroma bergantung kepada sumber makanan.
3. Teknik menggunakan api yang dilakukan dengan gunakan ½ sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin akan hasilkan buih kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu lebah asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.
4. Terdapat gelang propolis/pollen di bahagian permukaan madu jika madu dibiarkan lama di dalam botol.
Kesimpulannya Madu Lebah Asli atau Tiruan sebaiknya diuji melalui ujian makmal. Pengguna boleh memastikan bahawa madu lebah yang akan dibeli telah melalui ujian saintifik pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf. Ini adalah untuk memastikan pengguna  tidak tertipu dengan madu lebah tiruan. Anda tidak perlu bimbang jika berlaku perubahan pada madu asli seperti pengkristalan, didekati semut dan perkara lain berlaku kerana madu asli boleh bertukar kepada bentuk asalnya dengan beberapa cara simpanan. Perkara ini akan diulas pada artikel seterusnya.